Friday 18 December 2015

Pendahuluan

Bentuk komunikasi yang dilakukan manusia terdiri dari berbagai macam bentuk, dimulai daripada komunikasi intrapersonal, komunikasi interpersonal, komunikasi kumpulan, komunikasi organisasi, dan komunikasi massa. Semua bentuk komunikasi ini membuat manusia saling terikat satu dengan yang lain. Melalui bentuk-bentuk komunikasi ini sesama manusia akan saling bertukar maklumat dari hal-hal yang biasa hingga hal-hal yang mereka anggap penting. Komunikasi juga semakin membuktikan bahawa manusia merupakan makhluk sosial (zoon politicon) yang akan saling memerlukan satu dengan yang lain. Jenis komunikasi yang dilakukan juga mempengaruhi tahap keterikatan antara individu satu dengan individu lain. semakin sedikit individu yang melakukan komunikasi maka semakin besar keterikatan antarindividu tersebut. sebaliknya, jika semakin banyak individu yang berada dalam komunikasi maka keterikatan antarindividu akan menjadi lebih renggang. Perkembangan media sosial dalam kehidupan manusia sangat memberi kesan kepada cara-cara berkomunikasi antara sesama manusia.
Mulai dari penggunaan internet yang membuat orang-orang boleh mendapatkan maklumat dengan mudahnya. DI sini kita dapat lihat pengaruh luasnya penggunaan internet yang mudah dan cepat hingga  dinyatakan bahawa jika sebuah jarum jatuh di sesuatu tempat  Malaysia, maka orang yang berada di Amerika pun akan mengetahuinya. Hal ini bermakna maklumat apaun yang kita inginkan boleh kita dapatkan melalui internet. Selain itu perkembangan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit biasa saja sekarang sudah semakin baik saja. Jika dahulu orang-orang menggunakan telefon bimbit hanya untuk menghantar mesej dan telefon saja, saat ini hanya dengan menggunakan telefon bimbit sudah boleh melakukan hal apapun. Bahkan ada orang yang mempunyai lebih dari satu benda yang sering disebut telefon pintar ini




Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.
Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Jaringan sosial terbesar antara lain Facebook, Myspace, Plurk, dan Twitter. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.
Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita.Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Jika untuk memiliki media tradisional seperti televisyen, radio, atau akhbar memerlukan modal yang besar dan tenaga kerja yang banyak, maka lain halnya dengan media. Seorang pengguna media sosial boleh mengakses menggunakan media sosial dengan rangkaian internet bahkan yang aksesnya lambat sekalipun, tanpa bayaran besar, tanpa alat mahal dan dilakukan sendiri tanpa pekerja. Pengguna media sosial dengan tidak boleh menyunting, menambah, mengubah suai baik tulisan, gambar, video, grafik, dan pelbagai model kandungan lain.

Menurut Antony Mayfield dari iCrossing, media sosial adalah mengenai menjadi manusia biasa. Manusia biasa yang saling berkongsi idea, bekerjasama, dan bekerjasama untuk mencipta ciptaan, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang boleh menjadi kawan baik, mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti. Terasnya, dengan menggunakan media sosial menjadikan kita sebagai diri sendiri. Selain kelajuan maklumat yang boleh diakses dalam beberapa saat, menjadikan diri sendiri dalam media sosial merupakan alasan mengapa media sosial berkembang pesat. Tidak terkecuali, keinginan untuk kepentingan diri dan keperluan menciptakan nama peribadi.Jika dalam kehidupan seharian kita tidak boleh menyampaikan pendapat secara terbuka kerana satu dan lain hal, maka tidak kita menggunakan media sosial. Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu atau kita tidak mengulas apapun yang ditulis atau disediakan orang lain. Ini bererti komunikasi terjalin melalui dua arah. Komunikasi ini kemudian mencipta komuniti dengan cepat kerana adanya minat yang sama mengenai sesuatu perkara.

Kepentingan media social

Terdapat kebaikan dan keburukan menggunakan media social ini sebagai salah satu medium interaksi antara kita dengan  orang diluar sana.Kenaikan pertama adalah komunikasi.Kita boleh menghubungi teman lama yang  terpisah selain mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
             Disamping itu, kita juga boleh membantu mempromosi sesuatu.Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.Selain itu, maklumat lebih mudah disebarkan dengan adanya khidmat medias social ini.Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.


Seterusnya, perkongsian maklumat/ilmu dapat diluaskan dengan adanya perkhidmatan ini.Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Kepentingan media social dalam perniagaan

Pembangunan  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  (ICT)  pada  hari  ini  telah  membawa Internet melalui proses transformasi dalam memasuki fasa baharu (1). Pada peringkat awal kemunculannya, Internet telah menarik minat ramai orang untuk tujuan pencarian maklumat secara  mudah  dan  pantas,  walaupun  pada  masa  itu  ia  hanya  mampu  menawarkan  aliran komunikasi sehala (2). Penggunaan Internet terus meningkat seiring dengan proses transformasi yang menggerakkannya daripada medium pelayaran kepada medium transaksi yang membolehkan  penggunanya  melakukan  pelbagai  aktiviti    secara  dalam  talian  (2). Kini,  Internet  bukan  sahaja  berperanan  untuk  kegunaan  peribadi  tetapi  turut  digunakan  secara meluas  dalam  pelbagai  jenis  perniagaan.  Dalam  perniagaan  pelancongan  khususnya,Carson (2005) telah mengemukakan lima peranan penting Internet iaitu komunikasi, promosi, pengagihan produk, pengurusan dan penyelidikan.  Menurut Gunelius (2011), proses transformasi Internet terus berlaku dari semasa ke semasa sehingga  ia  bergerak  daripada  medium  transaksi  kepada  medium  sosial  yang  menawarkan komunikasi  dua  hala.  Generasi  baharu  Internet  ini  dikenali  sebagai  media  sosial. 

Kemunculan media sosial didapati telah mengubah pengetahuan, keperluan dan jangkaan pengguna dari sudut carian  maklumat,  perkongsian  maklumat  dan  proses  membuat  keputusan  (3).  Kini,  orang  ramai  mula  menggunakan  media  sosial  sebagai platform  urus  niaga  untuk  aktiviti  pembelian,  membuat  pertanyaan  dan  untuk  mendapatkan maklum  balas  (3).  Dari  sudut  organisasi  perniagaan,  media  sosial  membolehkan aktiviti seperti penyampaian maklumat, promosi dan proses mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dilaksanakan dengan lebih baik (4).Jadi,  tidak  hairanlah  sekiranya  dapat  kita  lihat  pada  hari  ini  hampir  setiap  perniagaan  akan menggunakan  manfaat  daripada  perkembangan  teknologi  ini  sebagai  peluang  untuk  mereka memasarkan  produk  dan  perkhidmatan  yang  ditawarkan  dalam  pasaran  yang  lebih  besar.  Trend ini  secara  tidak  langsung  turut  mempengaruhi  perniagaan  dalam  industri  pelancongan  yang merupakan  salah  satu  daripada  industri  terbesar  dan  terpantas  berkembang  di  dunia  (5). Di sini, kepentingan media sosial dalam bidang perniagaan akan dibincangkan dan dikupas lagi. Bersosial di laman maya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pada masa kini. Cuba bandingkan pada waktu dahulu di mana tiada talian internet, perhubungan seperti majlis keramaian menjadi tempat utama untuk bersosial di samping majlis-majlis lain.Namun kini, laman sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan pelbagai lagi laman sosial lain menjadi alternatif bagi tujuan untuk bersosial. 

Tahap penggunaan Media social di Malaysia.

Perkembangan  teknologi  telah  memperlihatkan  peningkatan  terhadap  penerimaan  ICT dalam dunia perniagaan masa kini. Bermula dengan penerimaan Internet, ia mula terarah kepada medium yang lebih fokus dan bersifat persendirian iaitu teknologi e-mel. Kemudian, melalui proses transformasi   teknologi,   media   sosial   dilihat   semakin   diterima   untuk   tujuan   kelangsungan perniagaan (3). Kini, penerimaan media sosial dalam perniagaan  dapat  dilihat  melalui  medium  seperti  Facebook,  Twitter,  YouTube,  LinkedIn  dan  blog (3).Kemudahan  infrastruktur  yang  disediakan  oleh  pihak  kerajaan Malaysia padahari ini telah menghasilkan capaian kepada talian Internet yang lebih pantas, murah dan  mudah.  Suatu  ketika  dahulu,  Internet  hanya  boleh  diakses  melalui  komputer  persendirian. Setelah  melalui  beberapa fasa  inovasi  teknologi,  kini Internet boleh  diakses  oleh  pengguna  pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui pelbagai medium seperti komputer riba, komputer tablet  dan  telefon  pintar. 
Hasil  daripada  perkembangan  itu,  akses  terhadap  laman  media  sosial juga semakin meningkat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.Kajian Jonscher (2011) turut mendapati kebanyakan SME  yang menawarkan perkhidmatan penginapan  menggunakan  laman  sosial  seperti  Tripadvisor,  Facebook,  Twitter  dan  YouTube dalam  pemasaran  mereka.  Selaras  dengan  itu,  dapatan  kajian  Lee (2011)  berkenaan  kesan rangkaian  sosial  terhadap  penerimaan  teknologi  dalam  pelancongan  menunjukkan  Facebook merupakan  laman  sosial  yang  paling  banyak  diterima  dalam  promosi  dan  pemasaran  destinasi pelancongan  diikuti  oleh  Twitter  dan  YouTube. Dapatan  kajian  Au  (2010)  mendapati penerimaanmedia sosial dalam pemasaran banyakbergantung kepada saiz sesebuah organisasi perniagaan.Perniagaan  yang  bersaiz  besar  didapati  lebih  menerima  perkembangan  teknologi  berbanding perniagaan  SME.Dapatan  kajian  Mastura,  Abdul  Rashid  dan  Siti  Zaleha  (2012)  berkenaan pemasaran   penginapan   bajet   di   Malaysia   menunjukkan   hampir   50   peratus   hotel   bajet menggunakan laman web untuk mempromosikan produk mereka. Penerimaan media sosial pada hari  ini  telah  menjelaskan  peranannya  sebagai medium  pemasaran  baharu  kepada  organisasi perniagaan  dan  sumber  maklumat  utama  kepada  pengguna  (Akehurst,  2009;  Jonscher,  2011).
Pelancong   kini   menjadikan   media   sosial   sebagai   platform   untuk   mendapatkan   maklumat, berkomunikasidan  berkongsi  pengalaman  pelancongan  mereka  dengan  pengguna  Internet  yang lain (7).Media  sosial  juga  menawarkan  promosi  tidak  langsung  kepada  organisasi  perniagaan melalui perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna Internet atau yang lebih dikenali sebagai word-of-mouth(WOM)  (7).  WOM  merupakan  proses  komunikasi secara  tidak  langsung  yang  terbentuk  daripada  perkongsian  maklumat  dan  pengalaman  dalam kalangan pengguna mengenai sesuatu produk, perkhidmatan dan jenama perniagaan (Neff, 2010; Salamiah, Nor’ain & Nik Maheran, 2011). Dalam industri pelancongan, WOM berpengaruh sebagai satu bentuk pemasaran berikutan produk pelancongan yang bersifat tidak nyata (intangible) (8).
 Berdasarkan  kepada  ciri-ciri  aplikasi  pada  media  sosial,  ia berpotensi  sebagai  platform  bagi  aktiviti  WOM  dalam  kalangan  pelancong  (Au,  2010).  Kajian Mangold  dan  Faulds  (2009)  dan  Davidson  (2011)  mendapati  WOM  melalui  media  sosial  telah membawa kepada penemuan istilah Electronic Word-of-Mouth(eWOM) yang merupakan lanjutan kepada konsep WOM tradisional. Satu kajian telah dilakukan oleh syarikat penyelidikan Universal McCann  Malaysia  dan  mendapati  rakyat  Malaysia  adalah  di  antara  kumpulan  masyarakat  yang mempunyai  rangkaian kenalan  dalam  talian  yang  terbesar  di  dunia  (“Kongsi  data  di  Internet”, 2012).  Menurut  kajian  ini  lagi,  penembusan  talian  Internet  di  Malaysia  mencapai  sehingga  22 peratus  dan  merupakan  antara  negara  terpantas  di  dunia  menerima  guna  teknologi  komputer tablet.Trend  ini  telah  mendorong  pihak  kerajaan  khususnya  Kementerian  Pelancongan  Malaysia untuk  menggalakkan  penerimaan  media  sosial  dalam  kalangan  pengusaha  pelancongan  untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkannya (8).
Senario hari ini, pendekatan media sosial menjadi fenomena dan penting kepada persekitaran perniagaan.Teknologi pemasaran melalui media sosial boleh digunapakai oleh usahawan IKS bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung ia dijangka memberikan kesan positif kepada kebolehlihatan syarikat usahawan IKS. Kebolehlihatan boleh didefinisikan sebagai keupayaan sesebuah organisasi untuk dilihat di dalam komuniti yang besar berkenaan peranan dan keupayaannya. Ia mempunyai ciri yang unik dan khusus bagi menarik perhatian pengguna. Hasil kajian ini merumuskan bahawa elemen kebolehlihatan terbahagi kepada lima iaitu iaitu yang pertama, pembinaan laman bisnes yang menyerlah, pembentukan komuniti ,pengurusan kandungan maklumat yang dikemas kini,penganalisaan sikap pelanggan dan yang terakhir) pengoptimuman peluang pasaran. Asas pembangunan elemen ini dibangunkan berdasarkan kepada tiga teori utama iaitu teori paradigma komunikasi baharu, teori pengaruh sosial dan teori pengkayaan media. Umumnya, faktor kebolehlihatan untuk usahawan IKS dijangka boleh memperkasakan sektor pemasaran syarikat.Elemen kebolehlihatan ini memberi panduan kepada usahawan IKS khususnya untuk mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran yang lebih berdaya saing

Media sosial melibatkan beberapa elemen penting yang terdiri daripada himpunan laman web, perkhidmatan dan aktiviti yang menjalankan beberapa proses yang terlibat termasuk proses kolaborasi, perkongsian dan pengdemokrasian pengguna internet (9). Media sosial merupakan platform interaksi sosial yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada persekitaran komunikasi yang biasa.Lokus komunikasi menerusi media sosial adalah tidak terbatas. Chung et. al. (2010) menyatakan dalam kajian mereka, media sosial merupakan jaringan maya yang disediakan kepada pengguna untuk menyatakan pendapat, bertukar buah fikiran, dan dapat menghantar serta mengawal mesej yang akan disampaikan di mana jua pada bila-bila masa. Perubahan tatacara komunikasi ini menunjukkan satu revolusi yang berlaku terhadap bidang komunikasi di dunia pada masa ini.Media sosial juga mempunyai peranan yang sangat penting terhadap organisasi, kumpulan individu untuk berhubung khususnya. Di sesebuah organisasi, terdapat tiga peringkat pentadbiran iaitu peringkat strategik, pertengahan dan operasi (Laudon& Laudon, 2010). Peranan media sosial menjadikan perhubungan di antara peringkat pentadbiran ini dapat ditadbir dan diuruskan dengan lebih mudah. Maklumat dari peringkat strategik hingga ke peringkat operasi dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat tanpa melibatkan penggunaan masa dan kos yang banyak. Komponen hibrid yang diutarakan oleh Junco (2010), menerusi model komunikasi pemasaran berintegrasi merupakan komponen dalaman organisasi yang penting pada masa ini. Integrasi media sosial dan kaedah tradisional berupaya meningkatkan aspek pemasaran dan perhubungan di dalam sesebuah organisasi. 

Cabaran/halangan penggunaan media sosial di Malaysia

Terdapat beberapa cabaran serta halangan yang membataskan perniagaan dalam media social dapt diiklankan di Malaysia.Yang pertamanya adalah platform media sosial yang tidak tepat.Khidamat media sosial yang terbaik perlulah dipilih sesuai dengan kadar peratus pengguna media sosial disesuatu negara.Contohnya di Malaysia, terdapat beberapa perkhidmatan media social yang mnejadi pilihan pengguna-pengguna khidmat sosial di negara ini.Antaranya ialah facebook,twitter serta instagram. Pengiklanan melalui khidmat yang betul dapat menarik pengguna khidmat di media sosial ini untuk melihat iklan iklan perniagaan yang dipaprkan. Bayangkan di Malaysia sahaja hampir separuh daripada rakyat di negara ini memiliki akaun facebook.Hal ini dapat meyediakn platform yang luas bagi mengiklan sesuatu perniagaan. Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan yang berbeza di dalam organisasi, komuniti dan individu itu sendiri berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Rothschild(2011), pendekatan komunikasi media sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuk forum di internet, blog sosial, micro-blogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian undian pengguna dan sosial bookmarking. Variasi pendekatan cabang media sosial ini membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan yang banyak untuk berkomunikasi antara pengguna internet.Tambahan, media sosial mempunyai kuasa yang luar biasa bagi membantu syarikat khususnya membina penjenamaan produk menerusi rangkaian jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti (10). Media sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan (4). Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini.
Pernyataan ini disokong oleh Morgan et al. (2006) di dalam kajian mereka menyatakan teknologi dan kemudahan yang disediakan menggunakan teknologi maklumat untuk memperkasakan sesebuah perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap yang lemah. Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpukan kepada elemen kebolehlihatan yang perlu diberi penekanan khusus oleh usahawan bagi memastikan penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran dapat digunakan dengan lebih efekif dan terurus. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi penekanan kepada aspek penggunaan aplikasi media sosial yang bertunjangkan kepada perspektif kebolehlihatan. Elemen kebolehlihatan dibincangkan secara lebih terperinci berkenaan penggunaan media sosial bagi tujuan memperkasakan proses pemasaran terhadap usahawan IKS khususnya dalam meningkatkan keupayaan dan daya saing di peringkat global. Teori yang telah dikenalpasti iaitu teori paradigma komunikasi baharu, teori pengaruh sosial dan teori pengkayaan media menjadi teras kepada pembangunan elemen kebolehlihatan yang menjadikan ia lebih berbentuk ilmiah dan lebih praktikal. Pembangunan elemen kebolehlihatan media sosial ini secara tidak langsung mampu memandu golongan usahawan IKS khususnya lebih praktikal dalam usaha mempertingkatkan keupayaan golongan ini menggunakan aplikasi media sosial ini dengan lebih efisyen dan sistematik.

Cabaran yang kedua adalah kekangan masa.Para peniaga begitu sibuk menguruskan perniagaan mereka sehingga tiada masa untuk mengiklankan produk mereka di media social.Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengiklanan merupakan senjata utama seusatu perniagaan.Khidmat seseorang perlulah di gunakan khas bagi urusan yang melibatkan perniagaan di media social.Pelanggan yang melayari media social ini akan tertarik dengan cara anda menguruskan perniagaan anda di media social. Penggunaan media sosial yang lebih bercirikan dinamik dan berintegrasiperlu menekankan kepada faktor kebolehlihatan yang tinggi semasa penggunaannya.Faktor kebolehlihatan (visibility) merupakan faktor yang perlu perhatian oleh usahawan terutama sektor IKS untuk berdaya saing dan mendapat perhatian daripada pengguna internet.Lim (2011) dalam kajian yang dijalankan mengatakan terdapat dua kaedah untuk memastikan kebolehlihatan sesuatu laman web di dunia siber, pertama adalah disebabkan berapa banyak bilangan capaian laman web luaran yang berpaut terhadap laman web tersebut.Manakala kaedah kedua adalah dari aspek nilai sesebuah objek, isu dan kumpulan pengguna yang bertindak sebagai agen kepada kebolehlihatan tersebut. Ini secara tidak langsung akan menjadikan laman web atau laman media sosial itu lebih menonjol dan terserlah di kalangan kumpulan pengguna sendiri secara khusus mahu pun pengguna biasa. Pernyataan ini disokong oleh Hernandez (2009) yang menyatakan strategi utama untuk berjaya dan lebih terkehadapan adalah berdasarkan kualiti maklumat, kualiti sistem dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan menerusi platfom ini. Pengguna akan berubah daripada pelawat biasa kepada pengguna yang setia disebabkan beberapa faktor yang disebutkan di atas. Oleh itu, faktor kebolehlihatan boleh memberi impak yang besar kepada usahawan IKS melalui penggunaan aplikasi media sosial sebagai alat pemasaran yang kompetetif.

Faktor

Mengapa Laman Sosial Menjadi Pilihan Untuk Perniagaan?Terdapat dua faktor mudah yang menjadikan laman sosial merupakan perkara penting dalam perniagaan.Faktor Pertama adalah Lubuk Jualan.Jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak ‘potential customer’. Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan berlaku.Bayangkan jika anda membuka kedai di belakang lorong-lorong kecil jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai. Sudah tentu jualan anda sedikit.Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar.Sama juga seperti laman sosial yang mempunyai ramai pengguna. Ini membuka peluang jualan yang lebih besar.
Faktor kedua adalah khidmat media social ini memasarkan produk secara percuma. Laman sosial tidak memerlukan sebang kos untuk anda mendapatkan satu akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara percuma. Hanya perlukan email sahaja dan anda akan mendapat kunci untuk jualan melalui laman sosial ini.Produk dan pendekatan yang bagus dalam jualan anda akan menyebabkan pemasaran sacara percuma berlaku. Sesuatu berita itu akan lebih cepat tersebar di dalam laman sosial kerana berlakunya biasan berita atau entri di dalam laman sosial.

Pendek kata, anda membuat satu entri atau post, rakan-rakan anda akan dapat terus post tersebut. Jika mereka menyukainya, mereka boleh share dengan rakan-rakan mereka dan proses tersebut akan berulang-ulang secara terus. Ini yang dinamakan Viral Marketing.Kesimpulannya, perniagaan dan jaringan sosial melalui laman sosial sangat penting dalam perkembangan dan peningkatan jualan. Bukan sahaja percuma, malah pendekatan yang lebih efektif buat masa kini bagi sesetengah produk. Bukan semua sesuai untuk jualan menerusi laman sosial.

Rujukan

  1. Rheingold, Howard (2002). Smart mobs: The next social revolution (edisi ke-1st printing). Cambridge, MA: Perseus Pub. p. 288. ISBN 978-0-7382-0608-0.
  2. Watts, Duncan J. (2003). Six degrees: The science of a connected age. London: Vintage. p. 368. ISBN 978-0-09-944496-1.
  3. Benkler, Yochai (2006). The Wealth of Networks. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-11056-1. OCLC 61881089.
  4. Gentle, Anne (2009). Conversation and Community: The Social Web for Documentation. Fort Collins, CO: XML Press. ISBN 978-0-9822191-1-9. OCLC 464581118.
  5. Johnson, Steven Berlin (2005). Everything Bad Is Good for You. New York: Riverhead Books. ISBN 1-57322-307-7. OCLC 57514882.
  6. Li, Charlene; Bernoff, Josh (2008). Groundswell: Winning in a World Transformed by Social Technologies. Boston: Harvard Business Press. ISBN 978-1-4221-2500-7. OCLC 423555651.
  7. Scoble, Robert; Israel, Shel (2006). Naked Conversations: How Blogs are Changing the Way Businesses Talk with Customers. Hoboken, N.J: John Wiley. ISBN 0-471-74719-X. OCLC 61757953.
  8. Shirky, Clay (2008). Here Comes Everybody. New York: Penguin Press. ISBN 978-1-59420-153-0. OCLC 458788924.
  9. Surowiecki, James (2004). The Wisdom of Crowds. New York: Anchor Books. ISBN 0-385-72170-6. OCLC 156770258.
  10. Tapscott, Don; Williams, Anthony D. (2006). Wikinomics. New York: Portfolio. ISBN 1-59184-138-0. OCLC 318389282.