Terdapat
beberapa cabaran serta halangan yang membataskan perniagaan dalam media social
dapt diiklankan di Malaysia.Yang pertamanya adalah platform media sosial yang
tidak tepat.Khidamat media sosial yang terbaik perlulah dipilih sesuai dengan
kadar peratus pengguna media sosial disesuatu negara.Contohnya di Malaysia,
terdapat beberapa perkhidmatan media social yang mnejadi pilihan
pengguna-pengguna khidmat sosial di negara ini.Antaranya ialah facebook,twitter
serta instagram. Pengiklanan melalui khidmat yang betul dapat menarik pengguna
khidmat di media sosial ini untuk melihat iklan iklan perniagaan yang
dipaprkan. Bayangkan di Malaysia sahaja hampir separuh daripada rakyat di
negara ini memiliki akaun facebook.Hal ini dapat meyediakn platform yang luas
bagi mengiklan sesuatu perniagaan. Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan
yang berbeza di dalam organisasi, komuniti dan individu itu sendiri
berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Rothschild(2011), pendekatan
komunikasi media sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuk forum di
internet, blog sosial, micro-blogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian
undian pengguna dan sosial bookmarking. Variasi pendekatan cabang media sosial
ini membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan yang banyak untuk
berkomunikasi antara pengguna internet.Tambahan, media sosial mempunyai kuasa
yang luar biasa bagi membantu syarikat khususnya membina penjenamaan produk
menerusi rangkaian jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti (10). Media
sosial merupakan aplikasi internet yang terbaik untuk digunakan oleh
usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti
pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara
strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan
(4). Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu
menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam
bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini.
Pernyataan
ini disokong oleh Morgan et al. (2006) di dalam kajian mereka menyatakan
teknologi dan kemudahan yang disediakan menggunakan teknologi maklumat untuk
memperkasakan sesebuah perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan
kebolehupayaan menguruskan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap
yang lemah. Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpukan kepada elemen
kebolehlihatan yang perlu diberi penekanan khusus oleh usahawan bagi memastikan
penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran dapat digunakan dengan lebih
efekif dan terurus. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi penekanan kepada
aspek penggunaan aplikasi media sosial yang bertunjangkan kepada perspektif
kebolehlihatan. Elemen kebolehlihatan dibincangkan secara lebih terperinci
berkenaan penggunaan media sosial bagi tujuan memperkasakan proses pemasaran
terhadap usahawan IKS khususnya dalam meningkatkan keupayaan dan daya saing di
peringkat global. Teori yang telah dikenalpasti iaitu teori paradigma
komunikasi baharu, teori pengaruh sosial dan teori pengkayaan media menjadi
teras kepada pembangunan elemen kebolehlihatan yang menjadikan ia lebih
berbentuk ilmiah dan lebih praktikal. Pembangunan elemen kebolehlihatan media
sosial ini secara tidak langsung mampu memandu golongan usahawan IKS khususnya
lebih praktikal dalam usaha mempertingkatkan keupayaan golongan ini menggunakan
aplikasi media sosial ini dengan lebih efisyen dan sistematik.
Cabaran
yang kedua adalah kekangan masa.Para peniaga begitu sibuk menguruskan
perniagaan mereka sehingga tiada masa untuk mengiklankan produk mereka di media
social.Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengiklanan merupakan senjata
utama seusatu perniagaan.Khidmat seseorang perlulah di gunakan khas bagi urusan
yang melibatkan perniagaan di media social.Pelanggan yang melayari media social
ini akan tertarik dengan cara anda menguruskan perniagaan anda di media social.
Penggunaan media sosial yang lebih bercirikan dinamik dan berintegrasiperlu
menekankan kepada faktor kebolehlihatan yang tinggi semasa penggunaannya.Faktor
kebolehlihatan (visibility) merupakan faktor yang perlu perhatian oleh usahawan
terutama sektor IKS untuk berdaya saing dan mendapat perhatian daripada
pengguna internet.Lim (2011) dalam kajian yang dijalankan mengatakan terdapat
dua kaedah untuk memastikan kebolehlihatan sesuatu laman web di dunia siber,
pertama adalah disebabkan berapa banyak bilangan capaian laman web luaran yang
berpaut terhadap laman web tersebut.Manakala kaedah kedua adalah dari aspek
nilai sesebuah objek, isu dan kumpulan pengguna yang bertindak sebagai agen
kepada kebolehlihatan tersebut. Ini secara tidak langsung akan menjadikan laman
web atau laman media sosial itu lebih menonjol dan terserlah di kalangan
kumpulan pengguna sendiri secara khusus mahu pun pengguna biasa. Pernyataan ini
disokong oleh Hernandez (2009) yang menyatakan strategi utama untuk berjaya dan
lebih terkehadapan adalah berdasarkan kualiti maklumat, kualiti sistem dan
kualiti perkhidmatan yang ditawarkan menerusi platfom ini. Pengguna akan
berubah daripada pelawat biasa kepada pengguna yang setia disebabkan beberapa
faktor yang disebutkan di atas. Oleh itu, faktor kebolehlihatan boleh memberi
impak yang besar kepada usahawan IKS melalui penggunaan aplikasi media sosial
sebagai alat pemasaran yang kompetetif.
No comments:
Post a Comment