Friday 18 December 2015

Tahap penggunaan Media social di Malaysia.

Perkembangan  teknologi  telah  memperlihatkan  peningkatan  terhadap  penerimaan  ICT dalam dunia perniagaan masa kini. Bermula dengan penerimaan Internet, ia mula terarah kepada medium yang lebih fokus dan bersifat persendirian iaitu teknologi e-mel. Kemudian, melalui proses transformasi   teknologi,   media   sosial   dilihat   semakin   diterima   untuk   tujuan   kelangsungan perniagaan (3). Kini, penerimaan media sosial dalam perniagaan  dapat  dilihat  melalui  medium  seperti  Facebook,  Twitter,  YouTube,  LinkedIn  dan  blog (3).Kemudahan  infrastruktur  yang  disediakan  oleh  pihak  kerajaan Malaysia padahari ini telah menghasilkan capaian kepada talian Internet yang lebih pantas, murah dan  mudah.  Suatu  ketika  dahulu,  Internet  hanya  boleh  diakses  melalui  komputer  persendirian. Setelah  melalui  beberapa fasa  inovasi  teknologi,  kini Internet boleh  diakses  oleh  pengguna  pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui pelbagai medium seperti komputer riba, komputer tablet  dan  telefon  pintar. 
Hasil  daripada  perkembangan  itu,  akses  terhadap  laman  media  sosial juga semakin meningkat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.Kajian Jonscher (2011) turut mendapati kebanyakan SME  yang menawarkan perkhidmatan penginapan  menggunakan  laman  sosial  seperti  Tripadvisor,  Facebook,  Twitter  dan  YouTube dalam  pemasaran  mereka.  Selaras  dengan  itu,  dapatan  kajian  Lee (2011)  berkenaan  kesan rangkaian  sosial  terhadap  penerimaan  teknologi  dalam  pelancongan  menunjukkan  Facebook merupakan  laman  sosial  yang  paling  banyak  diterima  dalam  promosi  dan  pemasaran  destinasi pelancongan  diikuti  oleh  Twitter  dan  YouTube. Dapatan  kajian  Au  (2010)  mendapati penerimaanmedia sosial dalam pemasaran banyakbergantung kepada saiz sesebuah organisasi perniagaan.Perniagaan  yang  bersaiz  besar  didapati  lebih  menerima  perkembangan  teknologi  berbanding perniagaan  SME.Dapatan  kajian  Mastura,  Abdul  Rashid  dan  Siti  Zaleha  (2012)  berkenaan pemasaran   penginapan   bajet   di   Malaysia   menunjukkan   hampir   50   peratus   hotel   bajet menggunakan laman web untuk mempromosikan produk mereka. Penerimaan media sosial pada hari  ini  telah  menjelaskan  peranannya  sebagai medium  pemasaran  baharu  kepada  organisasi perniagaan  dan  sumber  maklumat  utama  kepada  pengguna  (Akehurst,  2009;  Jonscher,  2011).
Pelancong   kini   menjadikan   media   sosial   sebagai   platform   untuk   mendapatkan   maklumat, berkomunikasidan  berkongsi  pengalaman  pelancongan  mereka  dengan  pengguna  Internet  yang lain (7).Media  sosial  juga  menawarkan  promosi  tidak  langsung  kepada  organisasi  perniagaan melalui perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna Internet atau yang lebih dikenali sebagai word-of-mouth(WOM)  (7).  WOM  merupakan  proses  komunikasi secara  tidak  langsung  yang  terbentuk  daripada  perkongsian  maklumat  dan  pengalaman  dalam kalangan pengguna mengenai sesuatu produk, perkhidmatan dan jenama perniagaan (Neff, 2010; Salamiah, Nor’ain & Nik Maheran, 2011). Dalam industri pelancongan, WOM berpengaruh sebagai satu bentuk pemasaran berikutan produk pelancongan yang bersifat tidak nyata (intangible) (8).
 Berdasarkan  kepada  ciri-ciri  aplikasi  pada  media  sosial,  ia berpotensi  sebagai  platform  bagi  aktiviti  WOM  dalam  kalangan  pelancong  (Au,  2010).  Kajian Mangold  dan  Faulds  (2009)  dan  Davidson  (2011)  mendapati  WOM  melalui  media  sosial  telah membawa kepada penemuan istilah Electronic Word-of-Mouth(eWOM) yang merupakan lanjutan kepada konsep WOM tradisional. Satu kajian telah dilakukan oleh syarikat penyelidikan Universal McCann  Malaysia  dan  mendapati  rakyat  Malaysia  adalah  di  antara  kumpulan  masyarakat  yang mempunyai  rangkaian kenalan  dalam  talian  yang  terbesar  di  dunia  (“Kongsi  data  di  Internet”, 2012).  Menurut  kajian  ini  lagi,  penembusan  talian  Internet  di  Malaysia  mencapai  sehingga  22 peratus  dan  merupakan  antara  negara  terpantas  di  dunia  menerima  guna  teknologi  komputer tablet.Trend  ini  telah  mendorong  pihak  kerajaan  khususnya  Kementerian  Pelancongan  Malaysia untuk  menggalakkan  penerimaan  media  sosial  dalam  kalangan  pengusaha  pelancongan  untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkannya (8).
Senario hari ini, pendekatan media sosial menjadi fenomena dan penting kepada persekitaran perniagaan.Teknologi pemasaran melalui media sosial boleh digunapakai oleh usahawan IKS bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung ia dijangka memberikan kesan positif kepada kebolehlihatan syarikat usahawan IKS. Kebolehlihatan boleh didefinisikan sebagai keupayaan sesebuah organisasi untuk dilihat di dalam komuniti yang besar berkenaan peranan dan keupayaannya. Ia mempunyai ciri yang unik dan khusus bagi menarik perhatian pengguna. Hasil kajian ini merumuskan bahawa elemen kebolehlihatan terbahagi kepada lima iaitu iaitu yang pertama, pembinaan laman bisnes yang menyerlah, pembentukan komuniti ,pengurusan kandungan maklumat yang dikemas kini,penganalisaan sikap pelanggan dan yang terakhir) pengoptimuman peluang pasaran. Asas pembangunan elemen ini dibangunkan berdasarkan kepada tiga teori utama iaitu teori paradigma komunikasi baharu, teori pengaruh sosial dan teori pengkayaan media. Umumnya, faktor kebolehlihatan untuk usahawan IKS dijangka boleh memperkasakan sektor pemasaran syarikat.Elemen kebolehlihatan ini memberi panduan kepada usahawan IKS khususnya untuk mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran yang lebih berdaya saing

Media sosial melibatkan beberapa elemen penting yang terdiri daripada himpunan laman web, perkhidmatan dan aktiviti yang menjalankan beberapa proses yang terlibat termasuk proses kolaborasi, perkongsian dan pengdemokrasian pengguna internet (9). Media sosial merupakan platform interaksi sosial yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada persekitaran komunikasi yang biasa.Lokus komunikasi menerusi media sosial adalah tidak terbatas. Chung et. al. (2010) menyatakan dalam kajian mereka, media sosial merupakan jaringan maya yang disediakan kepada pengguna untuk menyatakan pendapat, bertukar buah fikiran, dan dapat menghantar serta mengawal mesej yang akan disampaikan di mana jua pada bila-bila masa. Perubahan tatacara komunikasi ini menunjukkan satu revolusi yang berlaku terhadap bidang komunikasi di dunia pada masa ini.Media sosial juga mempunyai peranan yang sangat penting terhadap organisasi, kumpulan individu untuk berhubung khususnya. Di sesebuah organisasi, terdapat tiga peringkat pentadbiran iaitu peringkat strategik, pertengahan dan operasi (Laudon& Laudon, 2010). Peranan media sosial menjadikan perhubungan di antara peringkat pentadbiran ini dapat ditadbir dan diuruskan dengan lebih mudah. Maklumat dari peringkat strategik hingga ke peringkat operasi dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat tanpa melibatkan penggunaan masa dan kos yang banyak. Komponen hibrid yang diutarakan oleh Junco (2010), menerusi model komunikasi pemasaran berintegrasi merupakan komponen dalaman organisasi yang penting pada masa ini. Integrasi media sosial dan kaedah tradisional berupaya meningkatkan aspek pemasaran dan perhubungan di dalam sesebuah organisasi. 

No comments:

Post a Comment