Friday 18 December 2015

Kepentingan media social

Terdapat kebaikan dan keburukan menggunakan media social ini sebagai salah satu medium interaksi antara kita dengan  orang diluar sana.Kenaikan pertama adalah komunikasi.Kita boleh menghubungi teman lama yang  terpisah selain mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
             Disamping itu, kita juga boleh membantu mempromosi sesuatu.Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.Selain itu, maklumat lebih mudah disebarkan dengan adanya khidmat medias social ini.Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.


Seterusnya, perkongsian maklumat/ilmu dapat diluaskan dengan adanya perkhidmatan ini.Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

No comments:

Post a Comment